Wednesday, 2 March 2011

Assalamualaikum....


“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana...”

                                                                     Surah Al-Baqarah : Ayat 240
Selamat datang ke laman info Prudential BSN Takaful. Ia dibina khusus untuk bakal pelanggan & pelanggan-pelanggan PruBSN Takaful yang sedia ada yang ingin mencari maklumat tentang produk-produk sediada & produk-produk yang terbaru dari PruBSN Takaful. Segala maklumat yang dimasukkan disini pasti mudah untuk difahami. InsyaAllah...semoga anda dapat temui apa yang anda mahukan disini.

SERBA SEDIKIT MENGENAI TAKAFUL :


KONSEP TAKAFUL


Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada tabung dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan atau di timpa musibah.

-Tahap kehidupan yang berubah-ubah.
Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah. Di sini, PruBSN Takaful boleh memenuhi keperluan anda dengan Takafulink, iaitu satu pelan takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia mempunyai semua ciri-ciri yang anda perlukan.


- Berdasarkan Syariah 
Mempunyai Ahli Lembaga Syariah yang memantau pelaburan dan operasi syarikat.

- Komprehensif
Pelan yang lengkap, terdiri daripada perlindungan, pelaburan dan perubatan.

- Fleksible
Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik.

- Pulangan pelaburan yang tinggi
Menyediakan 4 dana untuk memberi pilihan kepada anda:

  • Dana Ekuiti
  • Dana Urus
  • Dana Amanah
  • Dana Ekuiti Dinasti 
Kenapa Perlunya Plan Takaful
    Demi Masa…
                          Sesungguhnya manusia didalam kerugian; melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh. Gunakan kesempatan yang masih diberi. Semoga kita tidak akan menyesal.

    “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”  (Hadis riwayat Al-bukhari)

    Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:
    1. Sihat sebelum Sakit
    2. Muda sebelum Tua
    3. Kaya sebelum Miskin
    4. Lapang sebelum Sempit
    5. Hidup sebelum Mati
    Tanya lah pada diri anda sendiri..
    • Apakah yang anda sediakan untuk anak-anak dan keluarga, ketika anda “tiada”?
    • Mahukah bil-bil rawatan dan pembedahan anda di Hospital Swasta ditanggung?
    • Adakah anda terpaksa bekerja apabila sudah bersara, bagaimana dengan hari tua?
    Kenapa anda perlu insurans hayat  Takaful bersama kad perubatan (medical card) ?
    • Memastikan agar keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda agar mudah bagi mereka untuk membayar bil, cukai, hutang dan keperluan-keperluan lain.
    • Supaya keluarga terdekat anda dapat terus mengekalkan taraf hidup mereka selepas kematian anda.
    • Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.
    • Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan agar apabila bersara, anda akan mempunyai punca pendapatan berterusan.
    • Agar anda mempunyai pendapatan sampingan apabila pendapatan anda berkurangan berikutan penyakit yang serius, lumpuh sepenuhnya atau kemalangan.
    • Kemudahan Kad Perubatan untuk membayar bil hospital anda dari RM500 Ribu sehingga RM1.5 juta
    Terdapat 5 keperluan utama bagi seseorang dalam membuat keputusan untuk mendapatkan plan Takaful.

    1-Mati Terlalu Awal (Dying Too Soon)
    -Melindungi keluarga daripada kerugian kewangan akibat kematian tidak dijangka.
    Meninggal dunia pada usia muda. Orang yang meninggal dunia akan meneruskan kehidupan ke Alam Barzakh, tapi yang ditinggalkan adalah ahli keluarga & orang yang tersayang, terutama individu yang baru berumah tangga dan mempunyai tanggungan isteri dan anak yang masih kecil. Cuba bayangkan bagai mana mereka ingin meneruskan kehidupan setelah kehilangan suami dan ayah. Suami dan ayah meninggal dunia, pendapatan untuk menampung keperluan kewangan keluarga pun akan terhenti. Suami dan Ayah tidak boleh diganti, tetapi pendapatan Suami dan Ayah boleh diganti sekiranya beliau mengambil plan takaful agar dapat meringankan beban yang di tanggung oleh waris yang di tinggalkan.

    2-Hilang Keupayaan (Living Too Long)
    -Melindungi diri daripada kerugian pendapatan akibat kecederaan / sakit / penyakit.
    Pendek umur pun masalah, panjang umur pun ada masalah. Masalahnya adalah, cukup ke simpanan kita utk teruskan penghidupan setelah bersara? Ramai masyarakat kurang sedar mengenai kepentingan menabung pada usia muda. Sebaliknya mereka lebih suka berbelanja daripada menyimpan.

    3-Hidup Terlalu Lama (Living Death)
    -Merancang untuk persaraan.
    Hidup akan tetapi umpama mati. Lumpuh kekal keseluruhan (TPD). Kita fikirkan....perlu tak untuk mempunyai sejumlah wang bagi menampung perbelanjaan harian sekiranya seseorang mengalami TPD. Kalau seseorang itu tidak mempunyai simpanan yang cukup, tiba2 mengalami TPD sama ada akibat kemalangan atau penyakit, bagai mana utk teruskan kehidupan. Siapa yang akan bantu sekiranya dah jadi mcm tu?. Mak Ayah?..Adik Beradik, saudara-mara.....ya..mereka akan bantu, tapi alangkah bagusnya kalau mereka hanya perlu membantu dari segi tenaga tanpa membantu dari segi kewangan. Sebab kewangan telah ditanggung oleh Pihak Takaful, termasuklah semua kos rawatan di hospital, semuanya di tanggung oleh Pihak Takaful.

    4-Masa Depan Anak-anak (Child Education)
    - Simpanan untuk pendidikan anak-anak.
    Hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak adalah PENDIDIKAN YANG SEMPURNA. Akan tetapi, tahukah anda, berapa kos yuran pendidikan di Universiti Tempatan atau Luar Negara sekarang nie? Takkan kita nak biarkan anak kita menanggung hutang selepas mereka tamat belajar, sedangkan masa tu mungkin mereka belum mempunyai pekerjaan lagi. Siapa yang ada pilihan kita atau dia (anak)? Dia tak de pilihan sebab Ibu Ayah yang mempunyai pilihan sama ada utk menyediakan simpanan pendidikan untuk anak atau tidak. Keperluan untuk itu amat mendesak. Sebagai Perunding Takaful saya sedia membantu anda, memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar secara percuma bagaimana untuk menyediakan simpanan pelajaran untuk anak anda yang mempunyai ciri2 berikut "SECURED, IMMEDIATE, GUARANTEED". Melalui plan simpanan pendidikan yang di tawarkan oleh pihak PruBSN anda tidak perlu risau dengan simpanan pendidikan anak-anak anda kerana setelah ketiadaan anda (meninggal dunia) atau anda di sahkan mendapat salah satu daripada 36 penyakit kritikal (sila klik untuk rujuk senarai 36 penyakit krikital) serta di sahkan lumpuh (TPD), simpanan pendidikan anak anda akan di beri percuma yang di tanggung oleh tabung dana Takaful (Tabarru') sehingga umur anak anda mencapai 25 tahun (tempoh matang polisi).

    5-Wariskan Kekayaan.
    - Simpanan & pelaburan.
    Bagaimana untuk mewariskan kekayaan? Buatlah simpanan & pelaburan dengan Plan Insuran Hayat Takaful. Setelah kita tiada lagi di dunia ini segala simpanan, pelaburan anda & jumlah perlindungan hayat (sum covered) akan diwarisi oleh suami/isteri, anak-anak & waris anda. Sekurang-kurangnya setelah ketiadaan anda, dapatlah mereka (waris) hidup dengan selesa tanpa meminta bantuan dari sesiapa (sanak saudara, badan2 amal, Baitul Maal, Jab. Kebajikan Masyarakat).

    Melalui Plan Takafulink membolehkan kesemua keperluan ini dapat dipenuhi dengan hanya melalui satu sumbangan bulanan yang mampu dibayar mengikut kadar kemampuan anda.
     
      Sumber : Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia, 6 Feb 2007 :
      Apabila topik insurans atau takaful diutarakan, ramai di kalangan kita khususnya orang Melayu dan Islam gemar merujuk pada istilah “rezeki ada di mana-mana”dan setiap seorang telah ditentukan rezeki masing-masing.

      Tetapi pernahkah dari kalangan kita merujuk kepada kalam Allah s.w.t. dan sunnah Rasul-Nya yang antara lain mahu umatnya berusaha keras untuk mengubah nasib sendiri dan baru bertawakal.

      Istilah Melayu ada menyatakan “sediakan payung sebelum hujan” dan “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” tetapi berapa ramai yang menyediakan persiapan sedemikian terutama melibatkan wang ringgit sama ada bagi diri sendiri, anak isteri dan ahli keluarga untuk jangka masa panjang.

      Tidak kurang juga yang berpuas hati dengan membuat tabungan sama ada di Tabung Haji, amanah saham atau mana-mana akuan di institusi kewangan lain yang keluar dan masuk simpanannya tiada batasan masa dan jumlah.

      Lalu tersebarlah berita anak cemerlang dan pintar gagal meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi kerana masalah kewangan ibu bapa. Individu menagih bantuan dan simpati untuk tanggung kos rawatan.

      Semuanya gara-gara tidak membuat penyediaan melalui skim-skim tabungan jangka panjang dalam bentuk insurans sama ada bagi kesihatan, pendidikan, hayat, keluarga dan seumpamanya.

      Sekali lagi kita perlu kembali pada pepatah lama “malang tidak berbau”. Ini bermakna sesiapa jua sama ada kaya, miskin, tua, muda, senang atau susah, semua boleh ditimpa musibah.

      Malang dan kesulitan itu hanya akan dirasai apabila saat musibah melanda diri, isteri dan anak-anak atau ahli keluarga secara tiba-tiba.

      Bagi golongan kaya, soal sebegini tidak timbul kerana segalanya dilindungi melalui pelbagai skim mewah dan lumayan serta terjamin.

      Masalahnya golongan pertengahan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka ini sering terleka dengan kesenangan tidak terjamin dan sementara yang dikutip pada setiap bulan.

      Sedangkan tabungan melalui skim perlindungan yang diinsurankan, banyak pilihan mengikut kadar kemampuan dari serendah tidak sampai RM3.33 sebulan hingga puluhan, ratusan malah ribuan ringgit untuk jangka masa panjang.

      Lima dan 10 tahun lalu, terlalu sukar untuk kita menarik dan melihat orang Melayu menyertai simpanan melalui skim insurans, sama ada untuk hayat, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

      “Kini alhamdulillah, cara berfikir dan kesedaran mereka sudah berubah dan semakin ramai yang membeli serta memiliki skim perlindungan insurans,” kata wakil agensi insurans, Mursal Mat Jadi.

      Menurutnya, pada asanya memang semua skim insurans kelihatan sama, tetapi hakikatnya tidak pada dasar dan konsep operasinya.

      “Dasar operasi dalam skim takaful adalah berkonsepkan perkongsian secara hibah dan infak secara syariah yang berlandaskan untung dan rugi dikongsi untuk tanggungan bersama. Ia bukan sahaja dijamin halal tetapi terhindar dari unsur riba dan subahat.

      “Sebab itu cara dan kadar agihan keuntungannya tidak seperti skim-skim insurans konvensional yang tidak diikat oleh cara dan hukum-hukum Islam,” jelasnya.

      Menurutnya, pada zahir skim takaful dianggap kurang efisyen kerana kejahilan mereka tentang Islam.

      Tetapi jika faham dan mahu mengamalkan cara hidup yang dituntut oleh Islam dan syarak, inilah pilihan perkongsian menghadapi kesusahan yang insya-Allah akan diberkati dan mendapat keuntungan dunia dan akhirat,” tambahnya.

      “Mungkin mereka tidak dapat melihat kesan atau keuntungannya secara terus untuk jangka masa pendek.

      Menurutnya, menabung melalui skim insurans ini mempunyai manfaat besar kepada diri dan ahli waris kerana simpanannya hanya boleh dinikmati setelah peserta menerima musibah.

      Ini katanya berbeza dengan simpanan di institusi kewangan atau amanah saham yang boleh dijual beli pada bila-bila masa.


                            
      Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan & untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya : Mahathir Bin Zamri di talian 019-5706609 / 013-3696609. Untuk sebutharga (quotation) sila hantarkan butir-butir peribadi anda seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Pekerjaan, Perokok atau Bukan Perokok & Bajet Sumbangan Bulanan ke alamat email  takaful.net@gmail.com / mahathir.zamri@gmail.com. Terima kasih.




       




      No comments:

      Post a Comment