Monday 7 March 2011

PruBSN Ummah



Fakta-Fakta Penting:
Perbelanjaan Haji yang Tinggi Perbelanjaan Haji di bawah Tabung Haji pada masa ini adalah RM9,880 manakala perbelanjaan Haji di bawah mana mana Agensi Pelancongan Haji memerlukan sekurang-kurangnya dua kali ganda jumlah tersebut. (Risalah rasmi Tabung Haji, 2010)

Kepentingan Memiliki Wasiat

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Dilarang bagi seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan melengah-lengahkannya selama dua malam tanpa menulis wasiatnya dan disimpan tersedia bersamanya." (Sahih Bukhari)

Statistik Kematian Akibat Penyakit Kritikal

60% daripada kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh kanser, penyakit berkaitan dengan jantung dan pernafasan. (WHO, 2009)

Manfaat-manfaat Haji/Umrah
  • Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah. 
  • Kami akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda
    meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan
    Haji menerusi Badal Haji (percuma).
     
  • Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah.

Bonus loyalti
  • Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia kami! Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten. 
  • Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh, tertakluk kepada terma dan syarat.

Jaminan kewangan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh
  • Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
  • Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.
  • Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.
Manfaat-manfaat Penyakit Kritikal
  • Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa anda.

Tingkatkan simpanan anda
  • Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji, Umrah atau tujuan-tujuan lain. Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.

Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi
  • Wariskan kekayaan anda
  • Wariskan harta anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.
  • Menjamin waris anda bebas dari hutang piutang walaupun setelah ketiadaan anda. 
Manfaat-manfaat PruBSN Ummah

Bonus Loyalti
Ini adalah manfaat yang diberikan  kepada anda kerana menjadi pelanggan setia kami. Ia akan diberikan kepada anda setelah tempoh takaful anda tamat. Selain itu, bonus anda akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) sebagai tambahan kepada manfaat-manfaat takaful anda yang lain.
Bagi memastikan ketenangan semasa anda menunaikan Haji, anda juga akan diberikan elaun Haji, yang merupakan sebahagian daripada bonus loyalti. Elaun ini adalah tambahan bagi menampung perbelanjaan anda. Anda juga boleh menggunakannya untuk memastikan keperluan kewangan keluarga anda di rumah dijaga semasa anda menunaikan kewajipan anda di Mekah.

Pengeluaran simpanan untuk Haji atau Umrah
Anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada simpanan akaun anda sebagai tambahan untuk keperluan perjalanan Haji atau Umrah, tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
  • Pengeluaran hanya boleh dilakukan sekali untuk Umrah dan sekali untuk Haji sepanjang tempoh sijil.
  • Pengeluaran hanya boleh dibuat selepas tahun ke-5 tempoh sijil.
  • Setiap pengeluaran hendaklah sekurang-kurangnya bernilai RM500 dan tidak lebih 70% daripada baki akaun anda sebelum pengeluaran dibuat.
  • Baki akaun anda hendaklah bernilai sekurang-kurangnya RM2,000 selepas pengeluaran dilakukan.
Kematian dan Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD)
Selepas kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD), anda atau penama anda akan menerima nilai tunai yang setara dengan perlindungan anda iaitu, jumlah manfaat takaful.
Selain itu, keluarga anda akan menerima wang tunai tambahan RM2,000 sebagai manfaat khairat kematian selepas kematian anda yang boleh digunakan untuk perbelanjaan pengebumian dan yang berkaitan.

Gandakan manfaat Takaful anda semasa menunaikan Haji atau Umrah
Anda akan menerima perlindungan berganda iaitu jumlah manfaat takaful, sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) semasa menunaikan Haji atau Umrah.

Badal Haji
Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) sebelum anda berpeluang menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji anda ditunaikan dengan membayar penama yang dilantik oleh anda atau pihak ketiga sebanyak RM3,000 (percuma) untuk menunaikan Badal Haji untuk anda.

Manfaat penyakit kritikal
Kami akan memberikan sebahagian daripada jumlah perlindungan asas anda sebagai bantuan kewangan sekiranya anda dikenalpasti menghidap penyakit kritikal yang dilindungi
Tambahan lagi, kami juga akan memastikan bahawa perlindungan dan simpanan anda dalam plan ini akan berterusan kerana sumbangan takaful akan dibayar secara berterusan untuk anda.
Perlindungan ini adalah satu pilihan sumbangan tambahan bagi plan ini.

Penulisan wasiat Islam
Kami akan mengaturkan untuk anda perkhidmatan Penulisan Wasiat Islam yang diuruskan oleh Amanah Raya Berhad. Perkhidmatan ini adalah satu pilihan.

Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk Plan ini?
  
Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:
  • Umur anda
  • Jumlah dan terma perlindungan anda
  • Status kesihatan anda
  • Jantina anda
  • Tahap risiko pekerjaan anda
  • Kaedah pembayaran anda
  • Kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun
Contoh caruman



Press release mengenai PruBSN Ummah di Utusan Online: 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1126&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_10.htm&arc=hive


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_06.htm







Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan & untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya : Mahathir Bin Zamri di talian 013-3696609 atau 019-5706609. Untuk sebutharga (quotation) sila hantarkan butir-butir peribadi anda seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Pekerjaan, Perokok atau Bukan Perokok & Bajet Sumbangan Bulanan ke alamat email  takaful.net@gmail.com. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment