Monday 7 March 2011

Soal Jawab Produk PruBSN Takaful (F.A.Q)

Ruangan Soal-Jawab ini diharapkan dapat membantu anda menjawab pelbagai soalan-soalan yang biasa ditanya mengenai Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan oleh PruBSN Takaful.

1. Apa dia Takafulink?



Merupakan plan takaful berasaskan pelaburan (investment link). Terbahagi kepada 3 komponen utama.

-Perlindungan
-Simpanan
-Perubatan


Ketiga-tiga komponen ini disatukan dalam satu akaun, membolehkan ianya mempunyai ciri-ciri komprehensif, fleksible dan memberi pulangan yang lebih (disebabkan ada elemen pelaburan).


Namun begitu, akaun ini mempunyai risiko pelaburan (dana pelaburan). Jadi, anda perlu mengetahui tahap penerimaan risiko anda (risk tolerance), atas dana-dana yang anda pilih.


Terdapat 4 dana utama :
- Dana Ekuiti
- Dana Urus
- Dana Bon
- Dana Ekuiti Dinasti


Anda boleh merujuk harga pasaran dana-dana tersebut di akhbar-akhbar utama setiap hari.

2. Saya dah ada medical card, ditanggung oleh syarikat tempat saya bekerja. Perlu ke saya Plan Takafulink beserta medical cad dari PruBSN Takaful?

Memang perlu. Plan Takafulink adalah simpanan untuk hari tua setelah anda bersara serta memberikan jaminan kewangan untuk waris anda untuk membantu mereka meneruskan kehidupan setelah ketiadaan anda atau anda mengalami lumpuh sehingga anda tidak boleh bekerja. Pernahkah anda terfikir medical card yang ditanggung oleh syarikat anda bekerja hanya melindungi  anda jika anda masih bekerja dengan syarikat tersebut. Bagaimana jika anda bertukar ke syarikat lain? Di buang kerja? Syarikat muflis? Sudah tentu anda tidak lagi mempunyai perlindungan. Untuk pengetahuan anda, medical card yang ditawarkan oleh PruBSN Takaful melindungi anda sehingga ke umur anda 70 atau 80 tahun

3. Apa dia Takafulink Cerdik?

Mempunyai ciri-ciri yang sama dengan takafulink dari segi manfaat, akan tetapi polisi ini khusus untuk simpanan pelajaran anak pada masa akan datang. Perbezaan utama dalam polisi ini adalah, caruman percuma sekiranya pembayar (penjaga atau parent) mengidap penyakit kritikal, mati atau lumpuh kekal keseluruhan. Jadi, sama ada pembayar masih hidup (dalam keadaan lumpuh) atau telah meninggal dunia, simpanan untuk anak tetap berterusan sehingga tempoh matang polisi.


Manfaat lain sama dengan Takafulink.

4. Bagaimana cara hendak keluarkan nilai tunai yang ada dalam polisi?

Apabila nilai tunai telah mencecah RM 4,000, lebihan selepas RM 4,000 itu boleh dikeluarkan. Caranya adalah dengan kita mengisi borang untuk pengeluaran di mana-mana pejabat Prudential, dan cek akan disediakan dalam masa 3 atau 4 hari bekerja.
 
5. Adakah pulangan dalam Takafulink ini dijamin keuntungannya?


Pulangan tidak dijamin disebabkan ianya dilaburkan ke Dana Amanah, jadi, harga tertakluk kepada keadaan pasaran semasa.

6. Berapa tempoh matang untuk Takafulink dan Takafulink Cerdik?

Takafulink matang sehingga umur 80 tahun dan Takafulink Cerdik sehingga umur 25 tahun.

7. Apa dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun Takafulink?

Salinan IC dan caruman bulanan pertama. Kemudian anda dikehendaki menandatangani borang permohohanan dan borang pembayaran caruman secara automatik (autodebit dari akaun bank). Sekiranya anda membayar menggunakan credit card, bayaran pertama akan ditolak terus dari credit card.

8. Apakah cara yang ditawarkan bagi pembayaran caruman bulanan?
  • Tunai di kaunter pembayaran cawangan PruBSN & kaunter Bank Simpanan  Nasional (BSN)
  • Online -  Maybank2u.com
  • Credit Card
  • Autodebit Bank
  • Arahan tetap (Standing Instruction)
  • Biro Angkasa   
9. Adakah TAKAFUL hanya untuk Muslim sahaja?

Tidak. Takaful adalah terbuka kepada semua agama. Tiada terma & syarat yang di kenakan untuk yang bukan Muslim untuk menyertai plan Takaful ini.


10. Adakah saya berhak mendapat pelepasan cukai selepas saya menyertai plan Takaful ini?

Ya. Anda akan mendapat pelepasan cukai sekiranya menyertai plan Takaful ini. PruBSN akan mengeluarkan penyata sumbangan tahunan untuk menyokong laporan cukai anda ke Inland Revenue Board.

11. Apakah maksudnya Investment-linked plan?

Investment-linked plan adalah plan yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan di mana sebahagian daripada sumbangan anda akan di laburkan pada dana pelaburan khusus mengikut pilihan anda. Di PruBSN kami mempunyai pelbagai plan investment-linked Takaful yang sesuai mengikut keperluan anda.


12. Apakah yang membezakan Takaful dengan Insuran Konvensional?

Takaful adalah berdasarkan kepada prinsip Syariah Islam jika dibandingkan dengan Insuran Konvensional. Ini melibatkan peserta mencapai kesepakatan bersama untuk memastikan satu sama lain dari kerugian ditakrifkan kerosakan melalui sumbangan (Tabbaru') kepada dana Takaful. Namun, tujuan utama yang sama dengan Insuran Konvensional adalah untuk memberi perlindungan kepada anda, orang yang anda sayang dan cintai serta harta benda anda.

 

4 comments:

  1. Hi
    Nak tanya , baru-baru ini saya minta rawatan sakit telinga kat Hospital Panel. Semua bil rawatan, ubat semuanya rm185.
    Saya telah membeli Prudential dan ada kad perubatan.
    Soalan saya, boleh ke saya tuntut bil tersebut dan dapat semua wang bayar bil itu.
    tesima kash.

    ReplyDelete
  2. Klu rider AMR insyaalah dapat.... Accidental Medical Reimbursemnt.... L}}} 0

    ReplyDelete
  3. Klu rider AMR insyaalah dapat.... Accidental Medical Reimbursemnt.... L}}} 0

    ReplyDelete
  4. Saya nak tanya.. Kalau dimasukkan ke hospital kerajaan selama 3 hari adakah sya layak untuk tuntut hospital benefit

    ReplyDelete