Monday 7 March 2011

Takaful Puteri


Penghargaan kepada Kaum Wanita
Peranan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semulajadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala yang anda hadapi.

Kaum wanita telah menempuhi pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.

Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapai beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang di hadapi oleh kaum wanita.

Di PruBSN Takaful, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan suatu plan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul

Memperkenalkan Takaful Puteri
Takaful Puteri adalah suatu rider yang dicipta khas yang memberi anda perlindungan terhadap kesan kewangan akibat rawatan perubatan yang mahal berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita. Rider ini boleh dikaitkan dengan Plan Takafulink anda. Ia memberi anda perlindungan yang menyeluruh serta fleksibiliti yang amat sesuai untuk tujuan ini. Rider Takaful Puteri ini didapati dalam dua plan yang istimewa :-


1-Takaful Puteri
Plan ini memberi anda perlindungan terhadap pelbagai penyakit-penyakit       yang dihadapi oleh kaum wanita.


2-Takaful Puteri Plus
Plan ini dicipta khas untuk memberi anda perlindungan yang MENYELURUH dan banyak lagi. Selain daripada penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita, ia juga memberi perlindungan terhadap kerumitan semasa tempoh hamil dan penyakit kongenital bayi.




Pelan Takaful Puteri menawarkan :
  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita
Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:
  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
  • Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)
MANFAAT PENJAGAAN WANITA
A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.
Kanser berkaitan wanita
  • Kanser payudara atau
  • Kanser Uterus Serviks atau
  • Kanser Tiub Falapio atau
  • Kanser Ovari atau
  • Kanser Uterus atau
  • Kanser Vagina/Vulva
atau

Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis
30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks.Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.

B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.
  • Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau
  • Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau
  • Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau
  • Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis
MANFAAT PENJAGAAN IBU

A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar
Komplikasi Kehamilan
  • Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau
  • Kehamilan Ektopik atau
  • Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau
  • Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau
  • Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)
B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah.RM20,000 akan dibayar.

Penyakit-penyakit Kongential Bayi
  • Sindrom Down atau
  • Kecacatan Vetrikel Septum atau
  • Kecacatan Atrium Septum atau
  • Spina Bifida atau
  • Lelangit Rekah
Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.

Nota :
Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan.

Siapakah yang layak untuk menyertai Takaful Puteri?
Peserta wanita yang mempunyai Plan Takafulink yang sedia ada adalah layak untuk memohon reider Takaful Puteri ini.


Takaful Puteri
  • Berumur di antara 19 dan 60 tahun pada tarikh lahir akan datang
  • Syarat-syarat manfaat sehingga umur 60, 70 atau 80 tahun
  • sekiranya anda ingin menerima perlindungan sehingga umur 60 tahun, umur anda mesti di antara 19 dan 50 tahun
Takaful Puteri Plus
  • Berumur di antara 19 dan 40 tahun pada tarikh lahir akan datang
  • Syarat-syarat manfaat sehingga umur 60, 70 atau 80 tahun
  • Manfaat-manfaat Penjagaan Ibu dibayar sehingga umur 50 tahun sahaja

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan & untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya : Mahathir Bin Zamri di talian 013-3696609 atau 019-5706609. Untuk sebutharga (quotation) sila hantarkan butir-butir peribadi anda seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Pekerjaan, Perokok atau Bukan Perokok & Bajet Sumbangan Bulanan ke alamat email  takaful.net@gmail.com. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment