Takaful Saver merupakan salah satu manfaat tambahan dalam Takafulink & Takafulink Cerdik. Manfaat ini memberikan pulangan yang tinggi disebabkan sebanyak 95% caruman akan dimasukkan ke bahagian pelaburan untuk membeli unit bermula pada tahun pertama mencarum lagi. Sebanyak 5% daripada caruman akan digunakan untuk membayar caj perkhidmatan.
Sekiranya anda pemegang sijil Takaful PruBSN samada Takafulink atau Takafulink Cerdik, dan ingin memaksimumkan simpanan atau pelaburan manfaat amat sesuai bagi memenuhi keperluan simpanan anda. Simpanan boleh dibuat cuma serendah RM10/bulan & tanpa nilai maksimum.
Hari ini menabung sedikit, esok pula hasilnya membukit
Ketika merancang perlindungan untuk menghadapi perkara yang tidak diingini, anda juga boleh merancang untuk perkara yang anda ingini. Seperti memiliki kediaman impian, membiayai anak-anak melanjutkan pelajaran atau bersara lebih awal.Rider pelaburan Takaful Saver membolehkan anda mengecapi semua ini. Dengannya, anda boleh memilih untuk melabur terus ke dalam Dana Takafulink sambil menikmati perlindungan yang ditawarkan oleh plan Takafulink anda.
Takaful Saver membolehkan anda menikmati lebih lagi dari plan Takafulink anda kerana ia menawarkan plan yang lebih fleksibel untuk menepati keperluan anda yang sering berubah.
Bagaimana Takaful Saver dikendalikan?
Setelah menyertai Takaful Saver, para peserta Takafulink boleh membuat caruman tetap ke Akaun Unit Pelaburan (IUA) untuk membeli unit-unit di dalam Dana Takafulink yang di pilih.
- Caruman tetap minimum : RM10 sebulan
- Caruman tetap maksimum : (Caruman Takafulink) x 5
Penambahan Caruman
Peserta juga boleh menambah caruman tunggal ke dalam IUA mereka pada bila-bila masa.- Penambahan minimum : RM1,000
- Penambahan Maksimum : Tiada had
Nota :
- 5% lagi diperuntukkan untuk yuran Wakalah bagi komisen ejen dan perbelanjaan berkaitan agihan.
- Caruman Takaful Saver adalah berasingan sama sekali dengan Takafulink.
- Apabila berlaku kematian, Hilang Upaya Penuh & Kekal (HUPK) atau Sijil mencapai tarikh matang, baki unit di dalam IUA akan dibayar kepada para peserta.
Manfaat Tambahan
Takaful Saver Contributor : Membayar caruman tetap kepada orang dilindungi Takaful Saver sekiranya orang dilindungi menghidap penyakit kritikal.Takaful Saver Parent Contributor atau Takaful Saver Spouse Contributor : Sekiranya ibu-bapa atau pasangan hidup orang dilindungi meninggal dunia, mengalami HUPK atau disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu membayar caruman kepada plan Takaful orang dilindungi di masa hadapan.
Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila orang dilindungi meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.
Siapa yang boleh menyertai Takaful Saver?
Mana-mana perserta dan / atau pencarum plan Takafulink.Bagaimana Dana anda diuruskan?
Caruman tetap Takaful Saver akan diuruskan mengikut arah pelaburan yang dinyatakan di dalam plan Takafulink anda sebelum ini.
Penambahan caruman tunggal pada satu-satu masa boleh dibuat ke dalam Dana Takafulink pilihan anda.
Dana-dana Takafulink berlandaskan Syariah yang disediakan ialah :-
Takafulink Dana Ekuiti
- Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang dengan melabur dalam saham bermutu tinggi yang berlandaskan Syariah dan disenaraikan di Bursa Malaysia
- Untuk peserta yang mampu menghadapi risiko yang tinggi dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang
- Bertujuan memberikan pengumpulan modal jangka masa pertengahan hingga panjang dengan melabur dalam sekuriti terpilih yang berlandaskan Syariah
- Untuk peserta yang mampu menghadapi risiko yang rendah hingga pertengahan serta berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang
Takafulink Dana Urus
- Dana diuruskan yang bertujuan memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang. Ini dicapai dengan melabur dalam saham dan sekuriti yang berlandaskan Syariah menerusi Takafulink Dana Ekuiti, Takafulink Dana Bon dan mana-mana dana Takafulink sedemikian yang ditawarkan di masa hadapan
- Untuk peserta yang mampu menghadapi risiko sederhana hingga tinggi dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan & untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya : Mahathir Bin Zamri di talian 013-3696609 atau 019-5706609. Untuk sebutharga (quotation) sila hantarkan butir-butir peribadi anda seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Pekerjaan, Perokok atau Bukan Perokok & Bajet Sumbangan Bulanan ke alamat email takaful.net@gmail.com. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment